Benarkah kata-kata ini? Apa yang pasti, kita yang dikurniakan dengan akal fikiran yang lengkap, kadang-kadang terlalu mudah jatuh cinta, dan terlalu mudah pula mengungkapkannya. Sehingga cinta menjadi sesuatu yang terlalu murah dan bisa diperolehi di tepi-tepi jalan. Alangkah sadisnya¿
Cintakah namanya, apabila hati ingin memiliki? Cintakah namanya, apabila perasaan ingin menguasai? Sebagaimana persahabatan, cinta umpama pasir yg berada di genggaman. Digenggam terlalu erat, pasir akan jatuh ke tanah perlahan-lahan. Tapi dibiar tenang, ia bisa menjadi monumen yang mengkagumkan.
Seseorang yang lain berkata ~ Jika kamu mencintai, lepaskan dia, dan biarkan dia menjadi apa yang dia inginkan, di mana, bila, dan bagaimana, mengikut kehendaknya sendiri.
Jika benar itu cinta, maka cinta pasti akan memulangkan dia semula padamu. Tapi jika tidak, maka percayalah, cinta itu tidak pernah dihadiahkan buatmu, kerana Tuhan telah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari itu.
Cinta yang sebenar, berdiri atas dasar misteri, berdikari dan sangat berani. Tidak memiliki kewarganegaraan, tidak meminta belaan, dan tidak gentar dengan peraturan.
Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana janji. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana nafsu. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana simpati. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana terpaksa. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana setia.
Cinta adalah cinta, apabila kamu bercinta hanya kerana cinta
Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.
"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.
"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".
Ibnu-majah.
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.
Wallahua'lam.
Seseorang penah berkata~ Bukan tu tajuk asal dia, tajuk asal dia ialah Hanya Kerana Cinta, ni penulis asal, Ash Komikiwa - http://ashkomikiwa.blogspot.com/search/label/Artikel
ReplyDelete